BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, July 27, 2009

Sedikit Mengenai Kota Marudu..

  • Tasik Buyut
Lokasi terletak 3km dari pekan Kota Marudu iaitu di Kg.Marudu.Ia merupakan pusat penyelidikan ikan air tawar.
  • Tanjung Perawan
Lokasi 40km dari pekan Kota marudu terletak di kg.Pitas.Ia merupakan tempat perkelahan.
  • Tanjung Berungus
Tanjung Berungus terletak di Pitas lokasi 40km dari Pekan.Ia adalah tempat untuk beriadah.

  • Tanjung Batu.
Lokasi 5km dari Pekan merupakan tempat penyelidikan dan juga sangkar ikan.Terletak di kg. Tanjung Batu.
  • Tamu
Tamu Kota Marudu merupakan salah sebuah tempat di mana penduduk dapat menjual hasil pertanian dan kraf tangan mereka.Lokasi pekan Kota Marudu.

  • Sungai Sinsilog
Sungai Sinsilog terletak 40km dari pekan.Lokasi di Pitas merupakan sebuah tempat untuk perkelahan.

  • Pusat Informasi Jati
Lokasi 5km dari pekan terletak di Kg.Marudu.Ia merupakan Tempat Penyelidikan kayu Jati.

  • Pantai Teringai
Pantai teringai Merupakan tempat untuk beriadah dan perkelahan.Lokasi terletak di Kg.Teringai Laut 11km dari pekan.

  • Pantai Luntuk Pitas
Lokasi 40km dari Pekan terletak Pitas.Ia merupakan pantai untuk perkelahan.


  • Gunung Tambuyukon
Lokasi 29km dari Pekan Kota Marudu terletak Di Kg Sorinsim.Ia merupakan tempat untuk aktiviti lasak.

  • Taman Negara Serinsim
Terletak berhampiran dengan Kg.Sorinsim 29km dari Kota Marudu.Ia merupakan salah sebuah Taman Negara yang terdapat di Sabah.


  • Taman Sagabon.
Taman Sagabon adalah salah sebuah tempat yang menjadi daya tarikan di Kota Marudu.Lokasi 3km dari pekan terletak berhampiran dengan Kg. Simpangan.Ia Merupakan taman beriadah dan perkhemahan.


Sunday, July 26, 2009

Topografi..

Kota marudu merupakan kawasan yang di bentuk dengan Kawasan pergunungan,lembah dan pesisir pantai.Lebih daripada 2/3 kawasan kawasannya merupakan kawasan pergunungan.Terdapat 5 sungai utama di Kota Marudu:
  • sungai bandau
  • sungai rakit
  • sungai bongon
  • sungai tandek
  • sungai langkon
Dua gunung dalam senarai tertinggi terdapat di Kota Marudu berada di Banjaran Croker iaitu Gunung Tambuyukon(8462kaki)












dan Gunung Tendok Sirung(3315 kaki).Jenis tanah yang di temui di kota marudu adalah Tanih alluvium dan sedimentary rock.

KOTA MARUDU SECARA RINGKAS

Kota marudu adalah sebuah daerah yang sangat pesat membangun. Terletak di utara negeri Sabah pada kedudukan garisan latitud 6' 30''Utara dan garisan longtitud 116'45'' Timur.

Pentadbiran Daerah Kota Marudu bersempadan dengan Daerah Kudat dan Pitas di bahagian Utara, Daerah Beluran dibahagian Timur, Daerah Ranau bahagian Selatan dan Daerah Kota Belud di bahagian Barat.

Daerah Kota Marudu mempunyai keluasan 1,917 kilometer persegi. Daerah pentadbirannya meliputi kawasan Dewan Undangan Negeri N.5 Tandek dan sebahagian lagi berada di kawasan Dewan UndanganNegeri N.4 Matunggong. Kedua-dua kawasan pilihan raya ini membentuk satu kawasan parlimen P.168 Kota Marudu. Mengikut bancian yang dilakukan oleh Pejabat daerah kota marudu

Berikut merupakan jarak diantara Kota Marudu dengan destinasi yang lain:
  • Kota Kinabalu-130km
  • Kota Belud-60km
  • Kudat-90km
  • Pitas-50km

MAKAM SI-GUNTING


Panglima si-Gunting pahlawan dari suku kaum Dusun dan dilahirkan di Mumus (Serinsim) dalam tahun 1869. Dalam usia lebih kurang 36 tahun, Si-Gunting telah menjadi Wira dalam pemberontakan menentang penjajah Inggeris. Beliau dan orang-orangnya telah melancarkan Perang Gerila ke atas Inggeris dan berjaya memusnahkan balai polis Inggeris di Serinsim.

Pihak Inggeris mengisytiharkan perang yang dikenali sebagai Perang Si-Gunting sekitar tahun 1894-1901. Selepas 7 tahun berperang akhirnya kedua-dua pihak berdamai dan menandatangani perjanjian daman.

MAKAM SHARIFF OSMAN

Sejarah Kota Marudu (Bandau) telah bermula pada kurun ke-18 berdasarkan fakta sejarah berikut:-

"Tercetusnya pemberontakan Shariff Osman terhadap Inggeris di Teluk. Shariff Osman merupakan seorang pahlawan Sabah yang telah berkubuh atau berpusat di Teluk yang bernama "Teluk Marudu". Walau bagaimanapun Shariff Osman dan pengikut-pengikutnya akhirnya telah ditewaskan oleh Angkatan Perang Raja Sarawak iaitu 'James Brooke' dengan bantuan Angkatan Laut DiRaja British HMS IRIS, yang diketuai oleh Kapten Mundy. Peristiwa ini berlaku pada 19.08.1845. Sehingga hari ini, kesan kubu dan makam Lagenda Shariff Osman masih ada di Kampung Marudu"

3 PERSOALAN UTAMA KEWUJUDAN MARUDU

Sebelum abad ke-18, tiga persoalan timbul berhubung dengan kewujudan nama Marudu:-

Bagaimanakah nama Marudu dengan ejaan Marudu wujud dalam peta 1537? Dari manakahCaspar Viegas dapat mengetahuinya? Barangkali beliau memperoleh meklumat itu hasil dari pelayaran orang Protugis yang telah sampai ke Brunei pada tahun 1526 (Don Jorge De Menezes) serta pesisir pantai barat dan utara Sabah antara tahun 1527-1530?

Dalam pada itu, andaian ini dapat disokong lagi dengan kewujudan sebuah peta Protugis bertarikh 1540. Walau bagaimanapun, jika dirujuk catatan Antonio Pigafetta yang menyertai pelayaran Ferdinand Magellan pada tahun 1521 tidak pula disebut mengenai sebarang nama tempat di sekitar Teluk Marudu kecualiPulau Cimbonbon (kini, Pulau Balambangan) yang berada jauh di utara teluk tersebut.

Asal usul Lagi....

MENGAPA "MARUDU" DAN BUKAN "BANDAU"

Penelitian ke atas 42 keping peta lama mendapati nama marudu telahpun dicatatkan seawal tahun 1573 oleh pemeta protugis yang bernama Caspar Viegas. Selama lima abad yang lampau, nama tempat ini wujud dalam peta dengan pelbagai ejaan, tetapi mengekalkan bunyi sebutan yang sama iaitu Marudu, Marudo, Manado, Morudo dan Malloodo.

Catatan pada peta lama (sumber Eropah) secara berterusan antara abad 16-19 dapat membuktikan Marudu telahpun diketahui oleh dunia pelayaran dunia lebih kurang 500 tahun yang lampau.

Lebih menarok lagi ialah sumber yang jauh lebih lama daripada sumber Eropah itu, yakni berdasarkan dua sumber China yang bertajuk Chu-fan chih (1225) dan Nan-hai chih (1304) telah merakamkan nama tempat, his-lung-kung, Sha-hu-chung atau Sha-oo-chung adalahmerujuk kepada Saludung iaitu Teluk Marudu berdasarkan kajian oleh ahli arkeologi dan sejarahwan UMS.

Kewujudan nama tempat ini juga menjadi petunjuk yang menyakinkan tentang kewujudan penempatan atau pelabuhan persinggahan di Teluk Marudu seawal zaman dinasti Song (960-1279)

Sejarah lagi.....Dari sumber lain...

ASAL USUL KOTA MARUDU

Marudu berasal dari bahasa salah satu suku kaum di Sabah. Kata "MARUDU" berasal dari bahasa orang-orang BALANINI iaitu dari kata "MAIRUDU" atau MAIULUDU"yang dalam bahasa Melayu membawa maksud " suatu kedudukan di situ-situ juga". Orang-orang Balanini yang mendiami perairan Teluk Marudu dan melakukan aktiviti menangkap ikan dan perdagangan laut di perairan Marudu sering kali belayar dari Limau-limauan Kudat menyusuri teluk Marudu hingga ke Kg telaga Pitas . Apabila mereka belayar balik ke seberang teluk di Limau-limauan mereka akan melalui jalan pintas atau menyeberangi Teluk Marudu dan bukan lagi menyusuri Teluk Marudu. Mereka yang berkomunikasi sesama orang laut apabila ditanya dari mana, mereka akan menjawab "Mairu du" atau "Mairu lu " atau dalam bahasa Melayu bererti "di situ juga" ( merujuk kepada kedudukan geografi Teluk Marudu yang membentuk satu lingkungan teluk yang besar). Lama-kelamaan istilah Mairudu bertukar ke marudu dan mailudu menjadi Maludu. Justeru itu, penulis-penulis Barat sering kali merujuk Marudu sebagai Marudu, Marudo atau Maludu.

Nama Marudu atau Marudu mula dipetakan oleh seorang ahli pelayaran Belanda pada tahun 1595 yang belayar dari Brunei melalui Marudu menuju ke Palawan dan seterusnya ke Pulau Sulu. Sewaktu di perairan Marudu beliau telah menemui orang-orang Balanini atau Banaran atau digelar juga oleh orang Sepanyol sebagai "Camucones" yang menjadi askar laut kerajaan Brunei dan Sulu ketika itu. Orang-orang Balanini juga menamakan beberapa tempat di kawasan Teluk Marudu menggunakan bahasa mereka, antaranya ialah " Matunggong" ( bererti di hujung pulau kecil dari kata Ma Tong Gong iaitu sebuah pulau kecil di muara sungai Matunggong di Teluk Marudu), Bak-Bak ( bererti tempat berjumpa dari kata "Bak ", iaitu sekarang Pantai Bak-Bak di Kudat ), Bulih Adjung ( bererti buritan kapal jong dari dua kata iaitu Buli dan Adjung, sebuah tempat berhampiran sungai Tandek, Kota Marudu ),Sampang mangayau ( bererti menemui orang untuk beradu kekuatan, dari kata Sampang dan kata Mangayau ), " Pitas " dari kata "Pi Tas" ( Pitas dalam bahasa Balanini bererti "suatu keadaan yang satu tapi akhirnya tercerai atau terpisah secara tidak sengaja" ), Malubang dari kata "Ma Lobong" yang bererti "di tempat yang ada kuburan", Tombarungus ( dari kata "Tong Ma Rungus" yang bererti "Tanjung hujung yang dipunyai oleh orang Rungus " )dan banyak lagi nama-nama tempat di perairan Teluk Marudu berasal dari perkataan Balanini.

Kota Marudu asalnya bernama Bandau. Nama ini telah digunakan sejak sebelum Negeri Sabah mencapai kemerdekaan melalui Malaysia, sehinggalah tahun 1974. Menurut legenda daerah ini, Bandau adalah terbitan daripada perkataan 'Mondou' daripada diaiek suku Momogun Rungus [Kadazandusun] yang bermaksud "ketua semua binatang buas" yang rupanya seakan-akan musang. Mondou dipercayai pada suatu masa dahulu di jumpai oleh Aki Rungsud kawasan di sepanjang Sungai Bandau.

Manakala nama Kota Marudu yang digunakan untuk menggantikan Bandau adalah sempena peninggalan sebuah kota/kubu yang terletak di Teluk Bandau. Kota atau kubu Marudu merupakan sebuah kota yang diperbuat daripada batu-batu, tanah dan kayu-kayu keras seperti belian dan nibung yang dibuat oleh Shariff Osman dan pengikut-pengikutnya untuk mempertahankan Kota Marudu daripada pencerobohan penjajah Kompeni British. Di kawasan kota ini terdapat beratus-ratus (mungkin ribuan )kuburan-kuburan para pejuang yang berjuang menentang penjajah British dan juga Makam Syariff Osman dan anaknya Syariff Merum. Makam syarif Osman dulunya mempunyai dua batu nisan yang jarak antara keduanya mencapai 20 kaki dan dipercayai memanjang setiap hari. Makam ini dulunya dijaga dan diletakkan kelambu kuning tetapi pada masa ini ia telahpun tidak diurus dan terbiar.

Istilah Syariff Osman adalah lanun sebenarnya adalah istilah yang diberikan oleh Penjajah British untuk memburuk-burukkan nama syariff Osman. Menurut D.s Ranjit Singh, dalam Buku COMMERATIVE HISTORY OF SABAH 1881 - 1981, m.s 96, Syariff Osman diisytiharkan sebagai lanun dan pemberontak oleh Raja Muda Hashim ( Brunei ) dan sekutunya British dan James Brooke kerana Syariff Osman menjadi ancaman kepada pertuanan Brunei di Sabah dan James Brooke di Sarawak serta pihak British. Syariff Osman telah secara terbuka mengisytiharkan sokongannya terhadap Pengiran Yusoff yang berperang dengan Raja Muda Hashim/British dan mengistiharkan bahawa beliau menentang penjajahan British dan mengisytiharkan kerajaan sendiri. Tindakan ini mengugat kekuasaan pihak Brunei,James Brooke dan British. Syariff Osman sebenarnya adalah pemerintah di Kawasan Kota Marudu yang diperuntukkan oleh Sultan Sulu.Isteri Syariff Osman adalah seorang Puteri Sulu dan anak saudara Sultan Sulu.Syariff Osman adalah seorang berketurunan syariff berdarah campuran Suluk/Bajau/Brunei bersepupu dengan Syariff Masyhor di Sarawak yang terlibat menentang penjajah British sehingga dibuang negeri ke Singapura.

Menurut bahasa Momogun Rungus pula,Kota Marudu berasal dari kata bahasa Momogun Rungus iaitu "Sindaat Mogkorudu" di mana kawasan Bandau selama hampir 100 tahun dalam kiraan kalendar Momogun Rungus telah ditinggalkan setelah perang melibatkan Sindaat [sihir] yang dilancarkan oleh Aki Sook, seorang Bobolizan Rovusan. Menurut legenda Momogun Rungus, Bandau telah dibuka oleh Aki Rungsud sebagai satu pusat perdagangan sistem barter pada zaman lampau dan pada zaman Aki Sook telah berlaku perebutan kekuasaan antara Momogun Rungus Pilapazan dan Momogun Rungus Kirangavan yang mengakibatkan perang Sindaat [Sihir]. Setelah Sindaat Mogkorudu dilancarkan pusat perdagangan barter Momogun Purba itu telah ditinggalkan dan dikosongkan selama hampir 100 tahun iaitu selepas melalui kalendar Upacara Mamasi Pomogunan dan Upacara Managas.

Syariff Osman memerintah Marudu atas perkenan Sultan Sulu.Walau bagaimanapun, akhirnya ia mendirikan independent chiefdom yang berkecuali dan disebutkan " many people came to settle under his jurisdiction as he could provide protection and security ". R.S Singh " The Development of Native Administration in Sabah 1877-1946" dalam buku COMMERATIVE HISTORY OF SABAH 1881-1981, m.s. 96.Oleh itu, Syariff Osman sebenarnya adalah seorang Pemerintah Bebas, Pejuang, Pelindung Rakyat Marudu dan bukannya lanun.

Menurut S.St.John dalam bukunya 'Life in the Forests of the Far East', London, 1863, pp.394-6 disebutkan bahawa penduduk yang mendiami Shariff Osman,s Chiefdom ( Marudu atau Maludu)dianggarkan lebih kurang 50,000 orang ( tahun 1840 an ) dan pekerjaan utama penduduknya ialah penternakan dan nelayan.

Syariff Osman terlibat dalam perang menentang penjajah Inggeris sekitar tahun 1840 an. Sehingga pada hari ini Bandau yang dikenali dahulu mengambil nama Sindaat Mogkorudu [Marudu] yang dilancarkan oleh Aki Sook yang berperanan sebagai pelupus dosa-dosa Momogun dalam upacara Agama Labus iaitu agama leluhur Momogun Rungus. Mogkorudu bermakna "meratap atas kematian". Legenda ini terus hidup dalam suku Momogun Rungus.

Manakala dalam Peta Penjajah Sepanyol abad ke-13 Marudu ditulis sebagai Maludu dan dipercayai adalah antara dokumen sejarah tertua yang mencatatkan nama Marudu.

Wednesday, July 22, 2009

Sejarah,sejarah demi sejarah..

Sejarah mengenai Kota Marudu mula di ketahui dengan kebangkitan Sharif Osman salah seorang pejuang tempatan menentang penjajah sekitar tahun 1895.Nama Kota Marudu mula digunakan menggantikan Bandau ketika USNO memerintah.Nama ini dicadangkan oleh state assemblyman pada ketika itu Datuk Idrus Matakim@Andrew Matakim.Nama Kota Marudu digunakan bagi menggantikan Bandau bagi memperingati kewujudan pekan atau kota benteng yang berlokasi di Teluk Marudu yang digunakan oleh Sharif Osman dan pengikutnya dalam menentang koloni British sekitar 1900-an.Tapak kuburan Sharif Osman dan kubunya masih terdapat di Kampung Marudu sehingga sekarang ini.Semasa Piagam Kompeni ditubuhkan pada 1hb November 1881,daerah ini dibuka untuk perusahaan getah dan tembakau.Ladang tembakau dibuka di kawasan Bandau dan diusahakan oleh orang Belanda.Getah pula diusahakan oleh British di kawasan Langkon.Jeti dibuka di Pekan Bandau digunakan untuk mengangkut tembakau ke dalam Kapal kecil untuk dieksport. Pada ketika itu,pekan Bandau dikenali sebagai pelabuhan Bandau.Selain dari tembakau dan getah,Arang batu juga diusahakan oleh kompeni British dibuka di Kampung Tanjung Batu.Perusahaan arang batu ditutup sekitar tahun 1920-an.

Sebenarnya Dari Mana Bah asal saya ni???

Saya berasal dari Kota Marudu,Sabah.Kota Marudu adalah sebuah daerah yang terdapat di Sabah terletak di Utara Negeri Sabah.Ia sekarang ini merupakan sebuah daerah yang semakin maju,diterajui oleh Datuk Dr Maximus Johnity Ongkili,Menteri Teknologi,sains dan Inovasi.
Kota Marudu pada asalnya dikenali sebagai Bandau.Nama ini telah digunakan sebelum Sabah mendapat kemerdekaan melalui pembentukan Malaysia sehingga tahun 1974.Mengikut lagenda,nama Bandau diambil dari perkataan KadazanDusun iaitu 'Mondou' sejenis makhluk halus yang menyerupai kerbau,biasanya di temui di Sungai Bandau.