MENGAPA "MARUDU" DAN BUKAN "BANDAU"
Penelitian ke atas 42 keping peta lama mendapati nama marudu telahpun dicatatkan seawal tahun 1573 oleh pemeta protugis yang bernama Caspar Viegas. Selama lima abad yang lampau, nama tempat ini wujud dalam peta dengan pelbagai ejaan, tetapi mengekalkan bunyi sebutan yang sama iaitu Marudu, Marudo, Manado, Morudo dan Malloodo.
Catatan pada peta lama (sumber Eropah) secara berterusan antara abad 16-19 dapat membuktikan Marudu telahpun diketahui oleh dunia pelayaran dunia lebih kurang 500 tahun yang lampau.
Lebih menarok lagi ialah sumber yang jauh lebih lama daripada sumber Eropah itu, yakni berdasarkan dua sumber China yang bertajuk Chu-fan chih (1225) dan Nan-hai chih (1304) telah merakamkan nama tempat, his-lung-kung, Sha-hu-chung atau Sha-oo-chung adalahmerujuk kepada Saludung iaitu Teluk Marudu berdasarkan kajian oleh ahli arkeologi dan sejarahwan UMS.
Kewujudan nama tempat ini juga menjadi petunjuk yang menyakinkan tentang kewujudan penempatan atau pelabuhan persinggahan di Teluk Marudu seawal zaman dinasti Song (960-1279)
0 comments:
Post a Comment