Sejarah mengenai Kota Marudu mula di ketahui dengan kebangkitan Sharif Osman salah seorang pejuang tempatan menentang penjajah sekitar tahun 1895.Nama Kota Marudu mula digunakan menggantikan Bandau ketika USNO memerintah.Nama ini dicadangkan oleh state assemblyman pada ketika itu Datuk Idrus Matakim@Andrew Matakim.Nama Kota Marudu digunakan bagi menggantikan Bandau bagi memperingati kewujudan pekan atau kota benteng yang berlokasi di Teluk Marudu yang digunakan oleh Sharif Osman dan pengikutnya dalam menentang koloni British sekitar 1900-an.Tapak kuburan Sharif Osman dan kubunya masih terdapat di Kampung Marudu sehingga sekarang ini.Semasa Piagam Kompeni ditubuhkan pada 1hb November 1881,daerah ini dibuka untuk perusahaan getah dan tembakau.Ladang tembakau dibuka di kawasan Bandau dan diusahakan oleh orang Belanda.Getah pula diusahakan oleh British di kawasan Langkon.Jeti dibuka di Pekan Bandau digunakan untuk mengangkut tembakau ke dalam Kapal kecil untuk dieksport. Pada ketika itu,pekan Bandau dikenali sebagai pelabuhan Bandau.Selain dari tembakau dan getah,Arang batu juga diusahakan oleh kompeni British dibuka di Kampung Tanjung Batu.Perusahaan arang batu ditutup sekitar tahun 1920-an.
Wednesday, July 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment